Ulasan Sholawat Jibril
Kitab Afdholus Sholawat, Halaman 63-65
Sholawat ke 10 "SHOLLALLOHU 'ALAA MUHAMMAD“ (Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad )
ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺍﻟﻌﺎﺷﺮﺓ : ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﻌﺮﺍﻧﻲ ﻛﺎﻥ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻓَﻘَﺪْ ﻓَﺘَﺢَ ﻋَﻠَﻰ ﻧَﻔْﺴِﻪِ ﺳِﺒْﻌِﻴﻦَ ﺑَﺎﺑﺎً ﻣِﻦَ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﺔِ ﻭَﺃَﻟْﻘَﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻣَﺤَﺒَّﺘَﻪُ ﻓِﻲ ﻗُﻠُﻮﺏِ ﺍﻟﻨًّﺎﺱِ ﻓَﻼَ ﻳَﺒْﻐُﻀُﻪُ ﺇﻻَّ ﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻧِﻔَﺎﻕٌ .
“ Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani :
Telah bersabda Nabi shollallohu alaihi wasallam : “Barang siapa yang membaca solawat ini, akan dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari rahmat, dan Allah akan meletakkan kecintaanNya pada kalbu-kalbu manusia. Tiada yang menjadi marah kepadanya melainkan orang yang memiliki kemunafikan di dalam kalbunya ”.
ﻗﺎﻝ ﺷﻴﺨﻨﺎ ﻳﻌﻨﻲ ﻋﻠﻴﺎً ﺍﻟﺨﻮﺍﺹ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻭﺍﻟﺬﻱ ﻗﺒﻠﻪ ﻭﻫﻮ ﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃَﻗْﺮَﺏُ ﻣَﺎ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﻣِﻦِّ ﺇِﺫَﺍ ﺫَﻛَﺮَﻧِﻲ ﻭَﺻَﻠَّﻰ ﻋَﻠَﻲَّ ﺭﻭﻳﻨﺎﻫﻤﺎ ﻋﻦ ﺑﻌﺾ ﺍﻟﻌﺎﺭﻓﻴﻦ ﻋﻦ ﺍﻟﺨﻀﺮ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﻫﻤﺎ ﻋﻨﺪﻧﺎ ﺻﺤﻴﺤﺎﻥ ﻓﻲ ﺃﻋﻠﻰ ﺩﺭﺟﺎﺕ ﺍﻟﺼﺤﺔ ﻭﺇﻥ ﻟﻢ ﻳﺜﺒﺘﻬﻤﺎ ﺍﻟﻤﺤﺪﺛﻮﻥ ﻋﻠﻰ ﻣﻘﺘﻀﻰ ﺍﺻﻄﻼﺣﻬﻢ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ .
Telah berkata guru kami, yakni ‘Ali Al-Khawwas: “hadits ini dan yang sebelumnya, yakni sabda Nabi : “Keadaan paling dekat denganku bagi seseorang daripada kalian ialah apabila aku disebut, dia bersolawat ke atasku”. Kami meriwayatkannya dari sebahagian Al-‘Arifin,dari Al-Khidir , dari Rasululloh shollallohu alaihi wasallam, dan keduanya di sisi kami adalah sohih, pada setinggi-tinggi derajat kesohihan, walaupun tiada ditetapkan oleh para ahli ilmu hadits, kerana kesulitan istilah-istilah mereka. wallohu a'lam selesai kutipan dari Al-Imam Asy-Sya’rani
ﻭﻳﺆﻳﺪ ﺫﻟﻚ ﻣﺎ ﻧﻘﻠﻪ ﺍﻟﺤﺎﻓﻆ ﺍﻟﺴﺨﺎﻭﻱ ﻋﻦ ﻣﺠﺪ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺍﻟﻔﻴﺮﻭﺯﺑﺎﺩﻱ ﺻﺎﺣﺐ ﺍﻟﻘﺎﻣﻮﺱ ﺑﺴﻨﺪﻩ ﺇﻟﻰ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺴﻤﺮﻗﻨﺪﻱ ﻗﺎﻝ ﺳﻤﻌﺖ ﺍﻟﺨﻀﺮ ﻭﺇﻟﻴﺎﺱ ﻋﻠﻰ ﻧﺒﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻴﻬﻤﺎ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻳﻘﻮﻻﻥ ﺳﻤﻌﻨﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ ﻣﺎ ﻣﻦ ﻣﺆﻣﻦ ﻳﻘﻮﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﺇﻻ ﺃﺣﺒﻪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻧﻮﺍ ﺃﺑﻐﻀﻮﻩ ﻭﻭﺍﻟﻠﻪ ﻻ ﻳﺤﺒﻮﻧﻪ ﺣﺘﻰ ﻳﺤﺒﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﻭﺳﻤﻌﻨﺎﻩ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻤﻨﺒﺮ ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻓﻘﺪ ﻓﺘﺢ ﻋﻠﻰ ﻧﻔﺴﻪ ﺳﺒﻌﻴﻦ ﺑﺎﺑﺎً ﻣﻦ ﺍﻟﺮﺣﻤﺔ .
Perkara ini dikuatkan lagi oleh apa yang telah dinukil oleh Al-Hafiz As-Sakhawi dari Majduddin Al-Fairuzabadi, pemilik Al-Qamus,dengan sanadnya yang sampai kepada Al-Imam As Samarqandi. Beliau telah berkata. “Aku telah mendengar Al-Khidir dan Ilyas , dan mereka berdua telah berkata, “Kami telah mendengar Rasululloh shollallohu alaihi wasallam bersabda:“Tiadalah seorang yang beriman mengucapkan, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad”, melainkan akan dijadikan manusia mencintainya, walaupun mereka sedang membencinya. Demi Allah, tiadalah mereka mencintainya sehingga Allah mencintainya.” Dan kami juga telah mendengar Rasululloh shollallohu alaihi wasallam bersabda dari atas mimbar "Barangsiapa yang mengucapkan, “Semoga Allah melimpahkan sholawat atas Muhammad”, akan dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari ”.rahmat
ﻭﻧﻘﻞ ﺍﻟﺤﺎﻓﻆ ﺍﻟﻤﺬﻛﻮﺭ ﺑﺎﻟﺴﻨﺪ ﺍﻟﻤﺘﻘﺪﻡ ﺃﻥ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺴﻤﺮﻗﻨﺪﻱ ﺳﻤﻊ ﺍﻟﺨﻀﺮ ﻭﺇﻟﻴﺎﺱ ﺃﻳﻀﺎً ﻳﻘﻮﻻﻥ ﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﺑﻨﻲ ﺇﺳﺮﺍﺋﻴﻞ ﻧﺒﻲّ ﻳﻘﺎﻝ ﻟﻪ ﺇﺳﻤﻮﻳﻞ ﻗﺪ ﺭﺯﻗﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻨﺼﺮ ﻋﻠﻰ ﺍﻷﻋﺪﺍﺀ ﻭﺃﻧﻪ ﺧﺮﺝ ﻓﻲ ﻃﻠﺐ ﻋﺪﻭ ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ ﻫﺬﺍ ﺳﺎﺣﺮ ﺟﺎﺀ ﻟﻴﺴﺤﺮ ﺃﻋﻴﻨﻨﺎ ﻭﻳﻔﺴﺪ ﻋﺴﺎﻛﺮﻧﺎ ﻓﻨﺠﻌﻠﻪ ﻓﻲ ﻧﺎﺣﻴﺔ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﻭﻧﻬﺰﻣﻪ ﻓﺨﺮﺝ ﻓﻲ ﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﺭﺟﻼً ﻓﺠﻌﻠﻮﻩ ﻓﻲ ﻧﺎﺣﻴﺔ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﻓﻘﺎﻝ ﺃﺻﺤﺎﺑﻪ ﻛﻴﻒ ﻧﻔﻌﻞ ﻓﻘﺎﻝ ﺍﺣﻤﻠﻮﺍ ﻭﻗﻮﻟﻮﺍ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻓﺤﻤﻠﻮﺍ ﻭﻗﺎﻟﻮﺍ ﻓﺼﺎﺭ ﺃﻋﺪﺍﺅﻫﻢ ﻓﻲ ﻧﺎﺣﻴﺔ ﺍﻟﺒﺤﺮ ﻓﻐﺮﻗﻮﺍ ﺃﺟﻤﻌﻬﻢ .
Dan telah dinukil oleh Al-Hafiz yang tersebut (As-Sakhawi ) dengan sanad yang terdahulu bahawa Al-Imam As-Samarqandi telah mendengar Al-Khidir dan Ilyas , mereka berdua juga telah bercerita, “Pada Bani Israil , ada seorang Nabi, telah dikatakan bahwa dia bernama Samuel, yang telah diberikan kemenangan di atas para musuhnya. (Pada suatu hari), dia telah keluar mencari musuh dan mereka (musuh) telah berkata: “Inilah adalah seorang ahli sihir. Dia telah datang untuk menyihir mata kita dan menghancurkan askar-askar kita. Maka haruslah kita bawa dia ke tepi laut dan kita musnahkan dia.” Maka dia pun keluar disertai empat puluh orang lelaki dan pergilah mereka ke tepi laut. Telah bertanya sahabat-sahabatnya: “Apakah yang mesti kita lakukan?” Dia menjawab : “Majulah engkau sekalian dan ucapkanlah, “Semoga Allah melimpahkan sholawat atas Muhammad!” Mereka pun maju ke hadapan dan mereka telah mengucapkan (solawat itu), lalu musuh musuh mereka pun terdesak ke tepi laut lalu telah menjadi hanyut ”.kesemuanya
ﻭﺭﻭﻯ ﺍﻟﺤﺎﻓﻆ ﺃﻳﻀﺎً ﺃﻧﻪ ﺟﺎﺀ ﺭﺟﻞ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﺎﻡ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﺎﻝ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺑﻲ ﺷﻴﺦ ﻛﺒﻴﺮ ﻭﻫﻮ ﻳﺤﺐ ﺃﻥ ﻳﺮﺍﻙ ﻓﻘﺎﻝ ﺍﺋﺘﻨﻲ ﺑﻪ ﻓﻘﺎﻝ ﺇﻧﻪ ﺿﺮﻳﺮ ﺍﻟﺒﺼﺮ ﻓﻘﺎﻝ ﻗﻞ ﻟﻪ ﻟﻴﻘﻞ ﻓﻲ ﺳﺒﻊ ﺃﺳﺒﻮﻉ ﻳﻌﻨﻲ ﻓﻲ ﺳﺒﻊ ﻟﻴﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﺮﺍﻧﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﻨﺎﻡ ﺣﺘﻰ ﻳﺮﻭﻱ ﻋﻨﻲ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻓﻔﻌﻞ ﻓﺮﺁﻩ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﻨﺎﻡ ﻓﻜﺎﻥ ﻳﺮﻭﻱ ﻋﻨﻪ .
Dan telah diriwayatkan juga oleh Al-Hafiz bahwa telah datang seorang lelaki dari Asy-Syam bertemu dengan Nabi shollallohu alaihi wasallam, dia telah berkata:“Wahai Utusan Allah! Bapaku adalah seorang yang sudah tua, dan dia ingin melihatmu”. Nabi berkata: “Bawalah dia bertemu denganku”. Dia menjawab: “Sesungguhnya, penglihatannya sudah rusak!” Nabi berkata: “Katakanlah kepadanya, Ucapkanlah pada tujuh malam “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad.” Maka, dia akan melihatku di dalam mimpi, sehingga dia dapat meriwayatkan hadits daripadaku.” Maka dia (bapaknya lelaki itu) pun melakukannya, dan telah melihat Nabi di dalam mimpi, dan dia telah dapat meriwayatkan(hadits) daripada Nabi shollallohu alaihi wasallam.
wallohu a'lam
Komentar
Posting Komentar